Pages

Current time in Kuala Lumpur -
Current song: Loading...
Stream title: Loading...

Friday, June 25, 2010

New about Ubuntu 10.04 LTS codename Lucid Lynx

Something new this month.. on my desktop showed new update from Ubuntu community. Presenting Lucid Lynx...

the best things about Ubuntu Desktop is cooler desktop and interface. Much more catchy than windows.

Packed with apps for quick and easy communications. Easily integrate with Yahoo, Gmail and MSN. Access emails, address book and your calendar with Evolution. Yeah all in 1. Easy to reply and up to date...
More secure and fast surfing. Better than stupid IE...from Microsuck. haha
i like purple... hehe ...try it. The best thing is ... It's FREE.....!!

Tuesday, June 22, 2010

Who will be World Champion 2010?

Wordle: Who will be World Champion 2010?

Tuesday Morning

Di waktu pagi2 buta tengah hujan lebat xleh tido selepas tgk Bola Spain menang sebab sakit perut. So xde keje terjumpa website wordle ni. Menarik jugak utk suka2 main wordle. Cubala try... hehe this is my simple wordle..

Wordle: Kasapsky moto
click here to try http://www.wordle.net/

Wednesday, June 16, 2010

Goal! GOL! GOLL!

Sempena World Cup mari join 1GOAL! Education for all..... please click for more info

Tuesday, June 8, 2010

What's next?

W00t..... cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah June. Ya it's june already. Also dah cecah umur 28 dah.Masih lagi xde ape2. Pergh sedih nya. Nak buat ape lepas ni. Rambut dah panjang + serabai. Jambang pun dah lebat. Memang macam org bertapa kluar dari cave. haha. Inilah dunia. Kejap je masa berlalu. Terasa rindu pula nak mentaip benda mengarut2. Lantak ar.Paham ke tak korang punye pasal. Peduli aku. Banyak juga benda nak di taip tapi x tersusun. Tapi it's good for reading sometime cause not formal. Kadang2 boring jugak nak blogging pun nak formal. Let's rock babe. haha. So ape nak komen. Let start now before i forget everything i wanted to say. Lately macam-macam kita dengar, lihat, tgk tv pasal kezalim rejime Zionist. Memang bengang jugak bile diorg serang Mavi Marmara. Kadang2 terpikir jugak kenapa Allah x turun kan bala bencana je kat Israel. Dah le kejam, rampas tanah haram, kerek, buli dan etc. Kan senang. Tapi tidak. There is something yang Allah ingin tunjukan.Bagi aku mendoakan kehancuran untuk sesuatu bangsa dan kaum itu bukan satu solution yang baik. Sebab sedangkan Rasuluallah S.A.W pun dulu tidak mendoakan keburukan kepada orang lain. Walaupun Nabi di baling najis, dimaki hamun, diludah, tapi nabi tetap sabar dah mendoakan kesejahteraan kepada org yg melakukan keburukan kepada nabi. Itulah kelebihan Nabi Muhammad s.a.w. Contoh dan Idola sejati sepanjang zaman. Sama juga dengan kisah semasa Nabi pergi berdakwah di Taif.sila rujuk di PERANTAUAN RASULULLAH KE TA’IF. dipendekan cerita baginda di layan dengan kejam, dibaling batu hingga berlumuran darah. Ketika itu Jibril a.s dengan jari je leh jentik penduduk Taif tu atas balasan mengzalimi Nabi s.a.w. Hanya menunggu jawapan nabi sahaja untuk melakukannya. Tetapi nabi tidak!

Apa yang terlintas di otak kepala mereka yang membaca kisah penyiksaan RasuluLlah dan sahabatnya
yang beranika rupa itu ialah satu pertanyaan: “Kenapakah Nabi dan sahabatnya rela menanggung segala
azab sengsara dan penyiksaan sedang mereka ini dalam kebenaran? Kenapa pula Tuhan tidak melindungi
mereka? Tidakkah mereka memiliki askar-askarNya dan RasuluLlah pula penda’wah dan pejuang ke jalanNya.”
Untuk jawapannya, sifat pertama bagi manusia sebagai penghuni dunia ini ialah “mukallaf” di
mana dia mesti melaksanakan segala perintah dan suruhan-suruhan Allah yang berat dan susah.
Berda’wah di dalam agama Islam dan berjihad untuk meninggikan kalimat Allah adalah sebahagian
daripada kerja kerja mukallaf. Suruhan taklif pula adalah di antara sifat-sifat kehambaan terhadap Allah;
tidak bererti kehambaan kita terhadap Tuhan tanpa suruhan dan perintah daripadaNya. Kehambaan
manusia terhadap Allah faktor yang wajib bagi ketuhanan Allah Subhanahu Wata’ala, dan tidak bererti
keimanan seseorang tanpa mengetahui kehambaannya terhadap Allah.
Kehambaan membawa kepada taklif (iaitu tunduk kepada suruhan) sedangkan taklif pula
membawa kepada menanggung beban dan melawan hawa nafsu. Untuk yang demikian maka kewajipan
setiap hamba Allah di duma ini ialah melaksanakan dua perkara yang terpenting:
Satu: Berpegang dengan pengajaran Islam dan mendirikan masyarakat Islam yang sejati.
Dua: Mengharungi sebarang kepayahan dan menghadapi segala kesusahan serta membelanjakan
harta kekayaan untuk mencapai tujuan di atas.
Allah Subhanahu Wata’ala mewajibkan kita mempercayai dan beriman dengan tujuan matlamat
dan saranan di samping itu juga dipinta melalui jalan-jalan yang penuh dengan onak-onak dan merbahaya
untuk mencapai tujuan dan matlamat tadi.
Kalaulah Tuhan mahu nescaya mudah sahaja bagiNya untuk menegakkan sebuah masyarakat
Islam tanpa bersusah payah, tapi keadaan yang seumpama ini tidaklah pula membuktikan perhambaan
manusia akan dirinya kepada Allah ‘Azza wajalla dan tidak menunjukkan yang ianya telah bersabung
nyawa, mengorbankan harta-bendanya di hari pertama ia beriman dengan Allah dan tidaklah
menunjukkan yang ianya telah mengenepikan segala hawa nafsunya demi untuk memberi dedikasinya
yang sepenuh kepada Rasulullah. Tanpa ujud segala galanya ini maka tidaklah wujud perbezaan di antara
mu’min sejati dengan munafiq dan di antara benar dengan dusta.
Segala kesusahan yang dihadapi oleh pejuang-pejuang dan penda’wah kalimah Allah demi untuk
menegak satu masyarakat Islam yang sejati adalah sunnah dan suratan Ilahi sejak dipermulaan sejarah
lagi, yang di dalamnya tersemat tiga rahsia dan hikmat:—
Pertama: Sifat kehambaan dan ke’abdian manusia terhadap Allah ‘Azza wajalla, seperti yang
ditegaskan oleh Allah:
( وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ( 56
Yang bermaksud:
“Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.”
(Surah A1—Zariyat 51:56) 

petikan dari :fiqh al - sirah  , Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti

Jadi sesuatu yang terjadi itu adalah hak Allah s.w.t. Allah sahaja yang menetapkan Qadaq dan Qadar. Mesti ade sebab dan jawapanya. Cuma manusia ini kadang2 mudah lalai dan lupa akan nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada makhluknya. "Ingatlah dunia ini hanyalah sementara, Akhirat jua kekal selamanya" Assalamualaikum........