Pages

Current time in Kuala Lumpur -
Current song: Loading...
Stream title: Loading...

Wednesday, January 2, 2013

Selamat Datang 2013

Assalamualaikum. Dan Salam sejahtera. Terasa lama tidak update blog ni memandangkan sibuk dengan urusan business online di kasapsky.com.my. Sibuk juga buat marketing di facebook, twitter dan tumblr. Alhamdulillah walaupun modal kecil, banyak juga pengalaman dan cabaran dicapai sepanjang 2012. Banyak juga benda menarik yang ingin dikongsi. Sebenarnya untuk berniaga dan berjaya, bukanya sesuatu yang mustahil. Janji ada ketaqwaan, kecekalan dan kesabaran juga mendorong untuk berjaya. Bak kata sifu, kegagalan sebenar ialah gagal untuk bertindak. So kalau ada sesuatu niat dalam hati, mesti percaya dan yakin walaupun berbagai cabaran dan rintangan. Just remember yang dunia ini hanya lah sementara, akhirat jua kekal selamanya. Jadi selagi kita hidup di dunia ini, berbagai ujian dan cabaran harus ditempuhi. Yang penting jangan putus asa, bak kata Maher Zain, "InsyaAllah, insyaAllah, must be the way". Haha macam ceramah motivasi pula. Biasala bila dah mula tubuhkan syarikat sendiri, kita kena ada commitment  dan strategi untuk berjaya. Pengetahuan juga penting dan penguasaan teknologi.

So yang menarik tahun 2012 ialah, berjaya menubuhkan company sendiri walaupun serba kekurangan, tetapi berjaya juga menjual lebih 30 helai baju. Memandangkan sekarangan ini dah makin ramai juga competitor, so strategi marketing kena mantap dan perubahan perlu dilakukan. Untuk perkongsian pengalaman, meletakan harga yang murah tidak menjamin jualan yang baik. Jualan yang bagus bergantung kepada cara kita menjualnya. Kadang-kadang customer selalu bertanya kenapa kami menjual harga yang mahal, sedangkan competitor yang lain menawarkan harga yang jauh lagi murah. Jawapannya senang sahaja, kalau diikutkan harga raw untuk membuat sehelai baju memangla murah, tetapi kalau di kira kos penghantaran, penyimpanan, pembelian, mainteinance machine, pembelian mesin, designer, mutu dan pemasaran. harganya jauh lagi mahal. Kami berniaga untuk berkembang, bukannya berniaga untuk sedekah. Hari-hari jual murah tiada untung, campur rugi, bila mau berkembang? So inilah antara cabaran utama sebagai menjadi usahawan bumiputra. Banyak cabaran perlu ditempuhi, walaupun tiada sokongan dari keluarga dan rakan, tetapi impian tetap dikecapi. That's my business way. Haha ala ala narutad.

Kalau nak cerita panjang lagi mungkin boring pulak, so cerita pencapaian sepanjang tahun 2012. Antara kedatangan ahli baru ialah Samsung S2 dan ipad mini.
Tengah lukis drawing autocad guna ipad
Walaupun agak ketinggalan, namum dapat juga merasa gadget terkini. Now line streamyx pun dah perfect, laju dan tiada lagi putus-putus selepas serangan terhadap tmnet secara bertubi-tubi. (paksa diorg tukar kabel, muahahaha). So lagi excited sebab dapat buat office online sendiri, semuanya wifi. Kira advance juga la dalam tengah-tengah hutan ada line streamyx, streaming video and printing online. Tiada macam dulu bersepah-sepah cable dengan wayar. Now everything wireless.

Satu lagi pasal topic mengenai ipad(ios). Ramai cakap yang ios ni tidak bagus, unfriendly, kena bayar and dsb. So bila dah pakai, dah guna, something yang saya paham mengenai ios ni ialah, jeng jeng jeng, it's perfect. Kalo compare dgn tabs, ios lagi better dan puas hati sebenarnya. The price you paid is berbaloi. The reason why because the strongest ios ialah support from appstore and itune. Ini kira faktor terkuat, sebab services secure, ada backup, lagi tersusun berbanding google play. Games dengan apps dalam appstore lagi menarik dan better daripada google play. Kalo beli nexus, konfirm boring gila, tiada apa-apa yang menarik. Orang cakap, ipad tiada flash, tidak boleh buka file doc, macam-macam. Tapi sebenarnya bukan tidak boleh, cuma maybe diorang tidak tahu kut cara nak guna. Sekarang ios semua dah ada, boleh buka doc file, boleh direct print from ipad to printer, boleh share autocad drawing, cloud, tengok flv, game pun best. So apa yang rugi. Dan the good news office akan buat apps untuk ios this year. So apa lagi kelemahan ios? Bateri tahan lama, 10 hours. Wifi laju. tiada lag or sangkut macam tab. So tidak rugi beli. And the best part is lagi seronok menggunakan kedua-duanya berbanding hanya duduk compare antara satu sama lain. Kerana terlalu fanatic sangat, sanggup menegakan benang yang basah. So jangan jadi bodo. Senang citer. Gunakan mana yang mampu dimiliki, dah yang ada. Untung sebenarnya menjadi orang yang bersyukur. So next target is ROG. Muahahaha..... InsyaAllah..