Pages

Current time in Kuala Lumpur -
Current song: Loading...
Stream title: Loading...

Thursday, November 12, 2009

ISTIDRAJ

Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ". So , Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.


Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar -Rahman. Ada member tanya kenapa kdg 2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan . Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan , kita akan terus berdoa dan mengingati ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita akan taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa. Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah . .


Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila kamu melihat bahawa Allah Ta'ala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka) , ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT. " (Diriwayatkan oleh At -Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Tetapi , manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikiranny a merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka . Masih ada juga orang ragu-ragu , kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.


Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain . Tapi, hidup mereka biasa sahaja . Ada yang susah juga . Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang , puasa pun tak pernah , rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak ,dia boleh hidup kaya dan mewah . Bila kita tanya , apa kamu tak takut mati? Katanya ialah  orang lain pun mati juga , kalau masuk neraka, ramai-ramai . Tak kisah lah! Sombong nya mereka, takburnya mereka.


Rasullulah s.a.w. naik kelangit bertemu Allah pun tak sombong , Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong . Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.


Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan . Walaupun berbuat maksiat , dia merasa Allah menyayanginya . Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah . Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah -curah . Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya dengan sombong . "


Sebenarnya, kadang -kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya Rasullulah s.a.w bersabda:  Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut , Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya " (Kitab Nasaibul AIibad)


Anai -anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu , bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu . Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap) dia akan cuba melawan api . Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt .


Buktinya, Firaun . Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit , bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga , sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.


Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.


Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun .Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur . Jadi kalau kita kaya , jangan sangka Allah sayang , Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.


Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala Keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya,  dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya . Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?


Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat , istidraj. Orang-orang besar, istidraj.  Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.


Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya . Dia akan mengunakan pemberian kejalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan
diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat .


Wallahualam .
Dari Abdullah bin'Amr R. A, Rasulullah S.A.W bersabda, " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat . ."

My CD Ubuntu 9.10 has arrived!



Yeah. Today i got surprised with CD delivery from EU. Cam xpercaya pulak. During registration they said will be deliver take more than 2 months. But i just wait only for 2 weeks. This is why i love open source community.Efficient and friendly. You can request it trough https://shipit.ubuntu.com/. And thanks CANONICAL for the free cd.



'Ubuntu' is an ancient African word which means 'humanity to others'

Wednesday, November 11, 2009

WTF My Scroll Salah Print

Last week i travel from Johor to Tronoh, perak for doing clearance and take my pending 1 year old scroll degree. Actually 1 week before that i already try reach the ACS( UTP Academic Registry) to claim my pending scroll. But cannot reach by phone so i send through email. Then they replied:

Dear,

Kindly furnish the attachment for official release of the graduation document. Present the completed form to the Exam unit counter upon checking of clearance from UTP Finance. However, if you would wish to receive thru. post, pls. revert the completed form via email together with a copy of
proof of payment (online transaction into UTP Finance account)

Expect delivery within 2-weeks of receive of the completed form subject to clearance form any outstanding dues.

Thank you.
Suhaidah Ismail
Examination & Records unit
Registry

So i decided to come personal take by hand because i am afraid if something mistake and error will happen. It is true. Imagine when you struggle 8 years to achieve stupid scroll and 1 year waiting to take because outstanding fee cause ESU suck ass don't pay your fee. Then i try persuade them with my red eye a.k.a sharingan, since i drive from south  from 8am until 3 pm stuck with jammed and lost on stupid highway all the time. When it is done and for the first time i hold my scroll then this is what i get.


WTF my scroll salah print. They blame the system. Mmg suck ass utp staff. Diorg buget scroll nie main2 ke. Dah le kiraan diorg salah. The correct thing is i am supposely get CGPA 3.08 and  Second Class Upper. Because their own mistake they put CGPA 2.97 and my scroll is Second Class Lower. This thing serious shit important because different payback Scolar PETRONAS for second class lower is 30% and second class upper is 10%.  My loan sum are RM129,937 and 20% different is quite big difference. I thought just they do only mistake on exam registration slip, but until giving scroll also make mistake. Mmg sah diorg ni makan gaji buta a.k.a "sengal". So they say they will correct it back and promise to give it back on Monday morning. So i need to stay at ipoh waiting until next morning. Then on the monday morning i come as promise, still nothing change. WTF. If you can't do it don't promise lor. Waste my time, my energy, my money. So the try pomise again to do it, give them 2 weeks to settle. WTF again why i need to come again. They thought from Johor to Tronoh like from UTP to Tmn Maju ke? If they support my toll and petrol ok ler. Stupid staff. I know they will never keep their promise so i just take up my "salah print scroll". Lantak pi la cakap org utara. Pergi mampus UTP....  i already ask early. Harap nama je international tapi services cam sampah haram jadah najis mungalazah. 


p/s: Patutla customer feedback xleh pakai cause hari2 kena spam. From today i approved that UTP known as Universiti Teknologi Penipu......