Pages

Current time in Kuala Lumpur -
Current song: Loading...
Stream title: Loading...

Monday, November 1, 2010

Cost Saving Vs Cost Effective


Perbandingan antara penjimatan kos dengan penggunaan kos yang effektif.

Kes 1.
Anda mempunyai sebuah mesin pencetaka a.k.a printer. Anda telah membelinya dgn harga Rm399 pada 3 tahun yang lepas. Oleh kerana penggunaan mencetak kertas terlalu banyak dan penggunaannya terlalu tinggi, penukaran ink kerap kali diperlukan. Jadi untuk penjimatan kos yang lebih mantap, anda telah mengambil langkah alternatif untuk mengunakan kaedah isian semula a.k.a refill ink. Oleh kerana kadar pengisian semula hanya boleh dilakukan untuk beberapa kali sahaja, sebelum cartridge ink mengalami kemusnahan kekal, anda perlu menggantikannya dengan cartridge yg baru. Oleh kerana anda menggunakan printer yang sudah outdated, pencarian ink no 93 dan 94 agak sukar didapati di pasaran tempatan. Oleh kerana kesukaran untuk mendapatkan ink yang sudah pupus, ianya memakan masa dan kos yang tinggi.


Angapan a.k.a Assumption
Untuk mengatasi masalah yang rumit seperti di atas, anda telah memikirkan secara intelektual menggunakan konsep pemikiran alternatif iaitu menukarkan printer lama kepada printer yang baru. Pada dasar pemikiran anda mendapati menukar kepada printer baru memerlukan modal yang besar berbanding dengan mencari cartridge printer yang lama sahaja. Kemudian anda terfikir sekiranya membeli printer yang baru, kesukaran mencari ink cartridge untuk isian semula adalah amat mudah dah murah kerana banyak terdapat dia pasaran. Tetapi kerana taksub dan kesetiaan anda terhadap printer lama anda, anda menjangkakan mengekalkan printer lama lebih kepada penjimatan kos daripada penggunaan kos yang effektif.


Kesimpulan a.k.a summary
Pada pemikiran terkini, mengekalkan barang yang lama dapat menjimatkan kos. Tetapi anda mesti ingat bahawa penjimatan kos tidak sama dengan penggunaan kos yang effektif. Walaupun anda dapat menjimatkan duit poket anda daripada membeli printer yang baru, tetapi penggunaan kos tidak effektif kerana anda perlu membeli cartride yang agak mahal dan telah pupus, akan memakan belanja yang lebih mahal. Sedangkan hanya mengeluarkan sedikit modal untuk membeli printer yang baru, anda dapat berjimat kemudian kerana dapat membeli peganti cartridge yang murah dan mudah didapati di pasaran. Jadi konsep penggunaan kos yang effective lagi menguntungkan daripada konsep penjimatan kos yang membebankan. Fikir-fikirkan la.


p/s: Setiap sesuatu yang baru itu, pasti akan buruk di kemudian hari, Yang patah dan ilang itu pasti tumbuh dan berganti. Yang kuat pasti akan lemah, dan yang lemah pasti akan kuat. Yang naik pasti akan turun, dan yang hidup pasti akan mati. Ingat-ingatla....