Apa yang terlintas di otak kepala mereka yang membaca kisah penyiksaan RasuluLlah dan sahabatnya
yang beranika rupa itu ialah satu pertanyaan: “Kenapakah Nabi dan sahabatnya rela menanggung segala
azab sengsara dan penyiksaan sedang mereka ini dalam kebenaran? Kenapa pula Tuhan tidak melindungi
mereka? Tidakkah mereka memiliki askar-askarNya dan RasuluLlah pula penda’wah dan pejuang ke jalanNya.”
Untuk jawapannya, sifat pertama bagi manusia sebagai penghuni dunia ini ialah “mukallaf” di
mana dia mesti melaksanakan segala perintah dan suruhan-suruhan Allah yang berat dan susah.
Berda’wah di dalam agama Islam dan berjihad untuk meninggikan kalimat Allah adalah sebahagian
daripada kerja kerja mukallaf. Suruhan taklif pula adalah di antara sifat-sifat kehambaan terhadap Allah;
tidak bererti kehambaan kita terhadap Tuhan tanpa suruhan dan perintah daripadaNya. Kehambaan
manusia terhadap Allah faktor yang wajib bagi ketuhanan Allah Subhanahu Wata’ala, dan tidak bererti
keimanan seseorang tanpa mengetahui kehambaannya terhadap Allah.
Kehambaan membawa kepada taklif (iaitu tunduk kepada suruhan) sedangkan taklif pula
membawa kepada menanggung beban dan melawan hawa nafsu. Untuk yang demikian maka kewajipan
setiap hamba Allah di duma ini ialah melaksanakan dua perkara yang terpenting:
Satu: Berpegang dengan pengajaran Islam dan mendirikan masyarakat Islam yang sejati.
Dua: Mengharungi sebarang kepayahan dan menghadapi segala kesusahan serta membelanjakan
harta kekayaan untuk mencapai tujuan di atas.
Allah Subhanahu Wata’ala mewajibkan kita mempercayai dan beriman dengan tujuan matlamat
dan saranan di samping itu juga dipinta melalui jalan-jalan yang penuh dengan onak-onak dan merbahaya
untuk mencapai tujuan dan matlamat tadi.
Kalaulah Tuhan mahu nescaya mudah sahaja bagiNya untuk menegakkan sebuah masyarakat
Islam tanpa bersusah payah, tapi keadaan yang seumpama ini tidaklah pula membuktikan perhambaan
manusia akan dirinya kepada Allah ‘Azza wajalla dan tidak menunjukkan yang ianya telah bersabung
nyawa, mengorbankan harta-bendanya di hari pertama ia beriman dengan Allah dan tidaklah
menunjukkan yang ianya telah mengenepikan segala hawa nafsunya demi untuk memberi dedikasinya
yang sepenuh kepada Rasulullah. Tanpa ujud segala galanya ini maka tidaklah wujud perbezaan di antara
mu’min sejati dengan munafiq dan di antara benar dengan dusta.
Segala kesusahan yang dihadapi oleh pejuang-pejuang dan penda’wah kalimah Allah demi untuk
menegak satu masyarakat Islam yang sejati adalah sunnah dan suratan Ilahi sejak dipermulaan sejarah
lagi, yang di dalamnya tersemat tiga rahsia dan hikmat:—
Pertama: Sifat kehambaan dan ke’abdian manusia terhadap Allah ‘Azza wajalla, seperti yang
ditegaskan oleh Allah:
( وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ( 56
Yang bermaksud:
“Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.”
(Surah A1—Zariyat 51:56)

petikan dari :fiqh al - sirah , Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti
Jadi sesuatu yang terjadi itu adalah hak Allah s.w.t. Allah sahaja yang menetapkan Qadaq dan Qadar. Mesti ade sebab dan jawapanya. Cuma manusia ini kadang2 mudah lalai dan lupa akan nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada makhluknya. "Ingatlah dunia ini hanyalah sementara, Akhirat jua kekal selamanya" Assalamualaikum........
No comments:
Post a Comment