Bismillahi ArRahman ArRahim
Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Salam sejahtera kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.a.w serta ahli keluarga baginda serta muslimin dan muslimat sekalian.
Macam nak buat ucapan pula. Semalam ade menyasikan siaran ulangan halaqah menerusi www.tonton.com.my. Rasa macam dah lama dan jarang sekali mendengar kuliah atau syarahan agama. Maklumla sekarang zaman serta maju dan moden, manusia sibuk dengan hal dunia yang hanya sementara, tetapi lupa akan hal akhirat yang kekal selamanya. Banyak juga isu-isu yang menarik dipaparkan dan dibincangkan oleh ahli panel, antara tajuk yang menarik ialah kisah kesabaran Nabi Allah Ismail A.s dengan ayahandanya Nabi Allah ibrahim A.s. Tanda-tanda matinya iman seseorang mukmin itu, tawakal kepada Allah s.w..t, kisah kesabaran tokoh wanita utama kita iaitu Mariam ibunda kepada Nabi Allah Isa a.s.
Lalu disimpulkan daripada hasil pemahaman dari menghayati siaran Halaqah, saya terfikir "anggapla kita mati untuk hari ini, dan hidup untuk seribu tahun lagi".
Apakah maksud mati untuk hari ini? Maksud saya ialah sekiranya kita tahu yang ajal kita adalah hari ini, semua tindaklaku kita akan dilakukan kerana Allah s.w.t. Menghindarkan diri kita dari sikap sombong, angkuh, bongkak dan irihati. Bayangkanlah kalau seseorang itu sudah tahu hayatnya hanya sampai hari ini, pastu banyak kebaikan akan dilakukan setiap saat. Kita akan beramal dengan penuh keiklasan dan kejujuran. itulah sifat mukmin yang sejati dan tawakal kepada Allah. Sentiasa bersikap rendah diri dan pemaaf. Kita juga akan menjauhi sifat mungkar dan keji serta menghindari dari maksiat. InsyaAllah.
Apakah maksud "dan idup untuk seribu tahun lagi?" Maksud saya ialah kita mengangap yang hidup kita akan lama di dunia ini. Jadi sesuatu yang kita kerjakan akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Apa tugas dan tanggungjawab yang hendak kita lakukan juga demi masa hadapan. Jadi kita tidak akan mudah berputus asa dan terus melakukan perkara yang sia-sia. Wallahualam.
Sebagai renungan, tawakal itu penting untuk seorang mukmin yang beriman. Dan antara simtom-simtom matinya iman seseorang mukmin itu adalah dirumuskan seperti berikut:
- tidak berasa gerun dan takut apabila mendengar azab dari Allah ta'ala
- mempunyai hasad dengki dan sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain
- kurang yakin dan sukar menerima musibah dari Allah s.w.t
- tidak merasa takut apabila meninggalkan sembahyang yang wajib
- membenci orang-orang alim seperti pemimpin, ulama dan orang yang lebih tua
- sukar menerima pendapat dan nasihat dari orang lain
- merasa rimas dan meluat apabila mendengar syarahan agama, ilmu agama dan perkara-perkara baik
- sukar menerima kebaikan orang lain
Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan
hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala
anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa
kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya
dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:
ٱللَّهُ
نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ
تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ
جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ
يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ
هَادٍ (٢٣)
"Allah
telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang
bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang
benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan
berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit
badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian
kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka
menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk
Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah)
sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka
tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."
Itulah
petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang
dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada
seorang pun pemberi petunjuk baginya.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ketahuilah
bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah
seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah bahawa itulah hati."
Kalaulah
begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan.
Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan
kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk
berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa
tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).
Justeru,
ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun
sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan
mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.
sumber daripada: http://islamdaniman.blogspot.com/2011/04/tanda-hati-kita-mati.html
Untuk renungan
Allah berfirman:
Untuk renungan
Surah At Talaaq
Tempat Turun - Madinah
Allah berfirman:
ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ
Tafsiran:
"dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,
nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara
yang menyusahkannya). Dan memberi rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya. Dan sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah
cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah melakukan perkara yang
dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah menentukan tiap-tiap sesuatu." surah At Talaaq, ayat 2-3
No comments:
Post a Comment