Pages

Current time in Kuala Lumpur -
Current song: Loading...
Stream title: Loading...

Thursday, April 4, 2013

Website Development

Cipta atau mereka website?

Ramai yang berangapan bahawa website yang canggih dan mahal boleh menarik ramai pelawat. Sebenarnya tidak! Website yang cantik dan canggih tidak memberi jaminan pelawat baru muncul setiap hari. Hanya website yang simple tapi consistent sahaja yang dapat menarik ramai pelawat dan mencapai sasaran kepada pelanggan. Kos untuk menyediakan sebuah website samada untuk perniagaan tidak memerlukan modal yang mahal. Kebanyakan orang lupa kos yang tinggi sebenarnya pada kos maintenance, penjagaan seperti webhosting fee, domain name, security and contain management systems(CMS). Disini ingin saya kongsikan beberapa tips penting yang perlu diketahui sebelum menyediakan sebuah website samada untuk perniagaan anda, syarikat atau personal.

Tips persediaan sebelum mereka website:


Kenali dahulu tujuan anda membuka website. Setiap website terdiri dalam beberapa kategori

1. Website syarikat seperti kasapsky.com.my

Website jenis ini sesuai sebagai sumber rujukan, perkongsian maklumat untuk memperkenalkan syarikat anda.Ia lebih tertumpu kepada branding, penjenamaan organisasi syarikat, info terkini serta mempamerkan profil syarikat anda secara online. Website jenis ini tidak sesuai untuk menjual produk dan meningkatkan jualan kerana kesukaran untuk mengupdate maklumat produk anda. Ianya juga lebih menumpukan maklumat secara static dan menelan kos yang tinggi untuk penjagaan dan modification maklumat. Kadar traffic yang rendah dan kurang menyerlah. Kos pembangunan yang sangat tinggi serta jaminan sekuriti yang lemah dan bergantung kepada webhosting yang anda langgan. Website ini juga senang di godam(hacked) dan peratusan mempulihkan kembali data dan content sangat rendah. Sekiranya tiada backup kedua, data anda dengan mudah boleh di padamkan dengan cepat dan mungkin tidak boleh di pulihkan kembali. Kesimpulannya kos tinggi, kos maintenance tinggi, yuran webhosting yang mahal, keselamatan rendah yang akhirnya akan membuatkan website anda terkubur dalam alam maya.

2. Blog seperti blogspot/wordpress

Blog lebih menarik dari segi dinamik dan kemudahan untuk mengemaskini maklumat setiap masa. Ianya lebih berkesan untuk memperkenalkan dan mempromosi produk perniagaan ada serta mempunyai aliran traffic yang tinggi. Maklumat anda juga dilindungi dan keselamatan website anda lebih terjamin serta mudah dan murah. Ini kerana server engine dijaga oleh Google Inc. Anda juga mudah mendapatkan aliran traffic yang tinggi kerana bantuan search engine yang automate disediakan oleh pihak google. Blog lebih berkesan untuk mempromosikan produk anda serta mudah digunakan. Ia jugak disediakan bersama pelbagai web plugin serta talian sosial yang bagus. ini lebih memudahkan untuk pemasaran secara tidak nyata. Antara contoh website yang porpular mengunakan teknik blog ialah lowyat.net  Siapa sangka blog yang murah dan percuma ini boleh generate income yang banyak dan pelawat baru setiap hari. Kesimpulannya blog lebih senang dah mudah serta effective bagi perniaga kecil untuk mempromosikan produk mereka. Kos maintainance yang percuma, (100% percuma kalau anda rajin) serta apps yang banyak menyokong blogspot, memudahkan kerja-kerja anda setiap hari.
Anda juga boleh merujuk kelebihan blog disini majalahniaga

3. CMS (contain management system) : Joomla

Website ini lebih tertumpu kepada organisasi, pertubuhan atau khidmat sukerela. Sekiranya anda mempunyai ramai editor, untuk mengupdate data website organisasi, melibatkan content managment serta artikel yang banyak. Untuk maklumat lanjut boleh refer di sini  Joomla.org.

4. Shopping cart seperti mall.easy.my, bajuonline.sto.my

Website jenis ini seperti kedai maya. Pelawat hanya perlu klik pada gambar, masuk cart, kemudian bayar. Penyediaan agak kompleks tetapi memudahkan pelanggan anda untuk terus membeli produk anda secara langsung. Saya mencadangkan sekiranya anda ingin membuat shopping cart, ianya lebih baik berbayar daripada setup sendiri. Kerana coding yang complex dan memerlukan kepakaran yang tinggi untuk mereka. Menggunakan 3rd party lagi mudah dah tidak serabut serta jimat masa. Website anda juga terjamin kerana dijaga oleh programmer yang expert. Ianya lagi mudah refer kepada pakar sekiranya mengalami kesukaran atau masalah semasa mengendalikan shopping cart. Antara shopping cart yang terbaik dah dijamin full customer support seperti mall.easy.my , easy.my atau tomato cart (untuk yang ingin menggunakan open source).

Kesimpulanya, sebelum anda ingin mengupah atau mereka sesebuah website, kenali dahulu target market anda. Sediakan perancangan marketing dan sales strategy terlebih dahulu. Sekiranya untuk mempromosikan dan menjual produk secara online, penggunaan blog lebih effektif kerana kos permulaan yang mudah dan percuma. Inginkan domain anda sendiri? tidak menjadi masalah. Anda boleh juga menggunakan domain anda sendiri seperti kasapsky.com.my pada blog anda. Yang penting bukan website yang canggih dan cantik, tapi penjagaan yang konsisten dan dinamik dapat menjamin jualan produk anda. Untuk maklumat lebih lanjut boleh diajukan kepada saya menerusi email atau pun layari website saya kasapsky.com.my

No comments: