Pages

Current time in Kuala Lumpur -
Current song: Loading...
Stream title: Loading...

Thursday, October 27, 2011

10 Perkara........

Ada 10 perkara yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilupana iaitu:

1.   Jangan tinggalkan solat dengan sengaja.Sesungguhnya solat itu perkaya yang mula-mula dihisab di akhirat kelak. Solat tidak boleh diganti dan dibayar dengan denda. Solat juga adalah tiang agama. Solat juga menggalakan amal makruf dan mencegah maksiat.

2.     Hormatilah orang yang lebih tua daripada kita dan sayangi orang yang lebih muda daripada kita.

3.    Memberi itu lebih baik daripada menerima. Allah lebih menyanyangi orang yang suka memberi daripada orang yang suka meminta.

4.    Selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita. Jangan berdendam. Memaafkan kesalahan orang lain lagi mulia daripada menyimpan dendam kerana dendam itu akan memakan isi hati seseorang manusia.

5.  Jauhi dari sifat fitnah. Sesungguhnya dosa fitnah lagi besar dan lagi berat dari dosa membunuh. Membunuh hanya membunuh seorang tetapi fitnah boleh membunuh lebih daripada seribu orang.

6.   Selalu amalkan sifat mulia Nabi Muhammad s.a.w. 4 sifat utama nabi ialah jujur, amanah, tabliq dan fatanah. Nescaya sifat ini menjadikan anda pemimpin yang beriman dan bertaqwa.

7.    Jangan memperbesarkan hal kecil dan remeh temeh. Mendiamkan diri itu lebih baik daripada mengumpat dan menghina orang lain.

8.  Kurangkan makan, dan berhenti sebelum kenyang. Kerana orang yang dalam kekenyangan selalu menjadi malas dan lupa diri. Terlibih makanan boleh membunuh.

9.   Selalu menolong orang lain tanpa meminta balasan. Mengharapkan balasan di akhirat kelak lebih baik daripada balasan dunia. Harta di dunia adalah sementara, harta di akhirat adalah kekal selamanya. Biar miskin di dunia, jangan miskin di akhirat kelak. Sesungguhnya Manusia yang miskin di akhirat akan menyesal selama-lamanya.

10. Jangan mudah berputus asa. Jangan ada menyimpan perasaan cemburu, iri hati dan hasad dengki. Sesungguhnya sifat cemburu itu dan irihati adalah sifat nyata iblis laknatullah. Iblis dan syaitan itu adalah musuh manusia yang nyata. Berusahanlah bersungguh-sungguh kerana Allah s.w.t. Allah s.w.t akan sentiasa menolong orang yang bertaqwa dan berserah kepadanya.

No comments: