Pages

Current time in Kuala Lumpur -
Current song: Loading...
Stream title: Loading...

Monday, October 3, 2011

Cerita Klasik

Suatu masa dahulu, terdapat tiga orang sahabat yang sedang mengembara. Di dalam perjalanan, mereka bertiga ada menjumpai sebatang sungai yg begitu luas lebarnya. Airnya begitu deras dan dalam. Ia sememangnya mustahil untuk menyeberangi sungai tersebut dengan hanya berenang. Untuk menyeberang sungai tersebut, tiga sahabat ini terpaksa membina sesuatu seperti rakit untuk menyeberanginya. Lalu mereka bertiga bertungkus lumus menebang buloh untuk diikat dibuat rakit. Selama seharian mereka bertungkus lumus menyiapkan rakit tersebut hingga larut malam. Kemudian keesokan harinya mereka melepaskan rakit tersebut lalu cuba menyeberangi sungai besar itu.

Tapi malangnya apabila tiba di tengah-tengah muara sungai tersebut, rakit yang dinaiki mereka bertiga itu pecah oleh kerana arus yang deras. Jadi tiga sahabat tersebut terpaksa berenang kembali ke tebing asal. Tanpa berputus asa mereka bertiga cuba membina sebuah perahu. Daripada kecil hingga besar setiap perahu dibina untuk menyeberangi sungai tersebut tetapi gagal. Lalu dengan usaha yang keras serta bertungkus-lumus berhari-hari membina sebuah sampan yang besar dah teguh. Setelah siap dibina, mereka pun menggunakan sampan besar itu untuk menyeberangi sungai tersebut dan akhirnya sampai juga ke seberang sungai besar itu. Akan tetapi, alangkah mereka merasa terkejut kerana apa yang ada di seberang sungai tersebut terdapat sebuah padang pasir yang sangat luas. Lalu salah seorang daripada sahabat bertiga itu berkata " perahu ini banyak berjasa kepada kita. sayang sekali kalau ditinggalkan disini. Seolah-olah kita tidak mengenang jasanya". Lalu mereka bertiga bersepakat untuk membawa perahu besar tersebut bersama-sama mereka mengharungi padang pasir itu. Oleh kerana perahu yang besar itu berasa berat dan tidak terdaya dipikul, mereka pun berhenti seketika kerana letih. Kemudian salah seorang dari tiga sahabat itu berkata" kita tidak boleh tinggalkan perahu ini disini, berbulan-bulan kita membinanya. Tidak sayangkah hasil titik peluh kita ini ditinggalkan begitu sahaja?". Lalu mereka bertiga bersetuju untuk meneruskan perjalanan merentasi padang pasir itu bersama-sama sampan besar tersebut. Setelah beberapa langkah mereka pun berhenti seketika kerana penat memikul sampan besar tersebut. Kemudian salah seorang dari tiga sahabat itu berkata" kita tidak boleh tinggalkan sampan ini disini. begitu sayang sekali kita binanya bersusah payah, kemudian ditinggalkan begitu sahaja disini. Ianya ibarat seolah-olah tidak mengenang budi terhadap sampan ini". Oleh kerana kata-kata salah seorang sahabat itu, mereka bersetuju meneruskan perjalanan sambil memikul sampan tersebut. Setelah dua hari berjalan di padang pasir itu dengan rasa penat dan lesu, akhirnya tiga sahabat itu bersetuju untuk meninggalkan sampan besar tersebut disitu kerana mereka tidak lagi mampu untuk memikulnya meneruskan perjalanan merentasi padang pasir yang luas itu. Mereka akhirnya berasa tidak yakin dan mampu memikul kembali sampan itu untuk meneruskan perjalanan. Akhirnya ditinggalkan jua sampan yang besar itu..... habis

Pengajaran: berdasarkan kisah ini, setiap sesuatu hasil yang kita kerjakan tidak semestinya dipikul untuk selamanya. Adakalanya ianya digunakan untuk suatu ketika sahaja. Janganlah kita memikirkan dan mengharap sesuatu itu kekal fungsinya untuk masa akan datang. Ada kalanya kita kena berubah mengikut keadaan dan waktu. Mungkin sesuatu yang kita kerjakan waktu ini tidak lagi sesuai untuk digunakan untuk masa akan datang. Janganla kita terikut-ikut kerana hasil kerja yang lama, kita takut untuk berubah kepada hasil yang baru. Hanya untuk renungan... sekian

No comments: