Pages

Current time in Kuala Lumpur -
Current song: Loading...
Stream title: Loading...

Monday, October 24, 2011

Kehendak Vs Keinginan

Salam 1 ukuwah, Salam 1malaysia. Good morning dude. Kekalahan teruk Manchester hari ini dalam sejarah. yeah. Sayur 1-6. Muahahaha.....-kasapsky™.

Apa itu kehendak? Apa itu keinginan?
Kehendak (will) ialah sesuatu yang kita mahukan ianya menjadi kenyataan. Iaitu sesuatu yang kita pilih. Kehendak bebas (bahasa Inggris: free will) adalah kemampuan yang dimiliki seseorang atau sesuatu makhluk untuk membuat pilihan secara sukarela, bebas dari segala kendala ataupun tekanan yang ada -wiki- 
Contoh: " Aku hendak sebuah kereta untuk bergerak kesana kesini." Tidak kira apa jenis kereta yang dapat asalkan ianya sebuah kereta dan pasti akan dapat.


Keinginan (wish) ialah sesuatu yang kita harapkan dan kita pilih untuk menjadi kenyataan.
Contoh: "Aku ingin memiliki sebuah kereta evo10 warna putih". Keinginan itu menunjukan spesifik iaitu kereta evo10. Dan sekiranya tidak dapat dipenuhi ianya tidak mengapa.

Kadangkala kira sering keliru diantara kehendak dan keinginan. Kita lebih memilih kepada keinginan daripada kehendak. Sebagai contoh, kita mempunyai kehendak untuk membeli sebuah laptop untuk melakukan tugasan. Tetapi ada keinginan untuk mendapatkan laptop berjenama alienware yang berharga rm4,000. Kalau dikira anda telah mampu untuk memiliki sebuah laptop yang berharga hanya rm2,000. Tetapi oleh kerana keinginan untuk menunjuk-menunjuk, kita telah menjadikan keinginan itu sebagai kehendak. Dan sehingga kini tidak lagi mampu memiliki sebuah laptop kerana inginkan yang lebih mahal dan canggih.

Kita juga sering menjadikan keinginan itu sebagai kehendak, dah tidak ingin melakukan kehendak tersebut. Sebagai contoh kita inginkan menjadi jutawan, bilionare tetapi kita tidak hendak berusaha dan tiada kehendak untuk berusaha untuk mendapatkannya. Ianya ibarat mimpi di siang hari.

Tetapi tidak salah untuk menjadikan kehendak seiring dengan keinginan. Sebagai contoh kita hendak memiliki seorang isteri, dan meninginkan seorang isteri yang soleha. Dan berusaha untuk mendapatkannya.

Kesimpulannya kehendak dah keinginan itu adalah fitrah dan hak bagi setiap manusia. Setiap manusia hendak bebas dan inginkan keamanan. Janganla kerana terlalu mengikut keinginan, kita lupakan kehendak. Tidak salah untuk ingin memiliki sesuatu pada permulaannya dan mencapai kehendak pada akhirnya. Selagi ada keinginan untuk berjaya selagi itu ada kehendak untuk terus berusaha. Sesungguhnya orang yang berusaha dan tidak jemu putus asa pasti pasti Allah akan makbul keinginan dan kehendaknya kelak. Insya-Allah.

Di dalam usia muda ini, kita mesti ada kehendak untuk melakukan kesilapan."it's time to make mistake". Semakin banyak kita lakukan kesilapan, semakin banyak kita akan belajar membetulkannya. "When we made more mistakes, we will correct it and make it more correctable and better. Then the life will became more better than before". -kasapsky® 

So good luck and never give up. It's because everyday is a new life to a wise man.


No comments: