Ketika menjalankan seminar berkaitan Sinar Niaga,
pihak kami telah di ajukan pelbagai soalan berkaitan dropship dan salah
satu soalan yang menarik untuk dikupas ialah mengenai hukum menjalankan
bisnes berkonsepkan drosphip.
Di antara perkara yang membuatkan ramai orang ragu-ragu dengan
perjalanan bisnes ini sah dari segi hukum syarak atau tidak ialah
berkaitan berniaga hanya menggunakan gambar, ‘mark-up’ harga untuk di
jual dan sebagainya.
Setelah meminta pandangan beberapa orang yang mempunyai ilmu di dalam
muamalat (jual beli) dalam Islam maka hukum menjalankan bisnes dropship
adalah harus.
Berikut adalah pandangan daripada Tuan Ahmad Syaifuddeen yang juga merupakan seorang usahawan internet:
Jual beli dropship atau katalog adalah termasuk dalam kategori menjual ‘tanpa menguasai produk‘ perlu melihat kepada kewujudan barang dan sifatnya dan ini terbahagi kepada dua kategori:
1- Menjual barang yang ada di tempat, maka ini sudah tentu boleh dan
ini jenis jualan yang kita ketahui hari ini seperti di pasar, kedai
runcit, supermarket, butik dan sebagainya.
2- Menjual barang yang belum ada di tempat, kategori ini mungkin terdapat dalam beberapa bentuk:
i. Barangnya tidak dapat dijelaskan sifat-sifatnya contohnya seperti
menjual burung di langit atau ikan dalam laut. Ini jelas haram kerana
adanya unsur ‘gharar; dan ketidak pastian sifat barang tersebut.
ii. Barang yang dijual dapat disifatkan dan dijelaskan atau
diperincikan bentuk dan keadaannya. Jenis ini pula boleh dibahagikan
kepada dua bentuk:
a. Boleh diceritakan atau dijelaskan secara terperinci tentang
sifat-sifat yang mewakili barang yang dijual. Ini diperbolehkan dan sah
jual belinya dengan ketentuan barang yang dihantar nanti sesuai dengan
penjelasan tersebut.
Jika sekiranya tidak sama dan berlainan sama sekali dengan keterangan
tersebut, contohnya pakaian yang dipamerkan berlengan panjang tetapi
yang dikirimkan tanpa lengan, maka situasi ini mungkin menjadi lebih
baik atau lebih rendah dari apa yang telah diperincikan ketika akad
transaksi.
Maka pembeli memiliki hak untuk menyempurnakan transaksi dengan
membelinya atau membatalkan transaksi dan mengembalikan barang tersebut
dan mengambil kembali wang yang telah dibayarkannya.
Ini dikatakan ‘Khiyaar al-Khalaf Fi ash-Shifat’ atau refund disebabkan bersalahan produk yang dikehendaki.
b. ‘Bai An-Namuzaj’ atau menjual barang dengan mempamerkan contohnya. Jualan produk yang disertakan contoh barang tersebut.
Sekadar pandangan asas, harap dapat dirujuk kepada pakar Muamalah yang muktabar seperti alfadhil Ustaz Zaharuddin atau sebagainya. Apa yang ditulis adalah hukum secara asas.
Kemudian pandangan kedua daripada Tuan Suzardi Maulan (Pakdi), beliau merupakan pakar dalam perancangan kewangan berasaskan Islam dan merupakan seorang Islamic Financial Planner (IFP) yang bertauliah.
Beliau berpendapat:
Berdasarkan keterangan-keterangan yang diberikan, urusniaga ini dikenali dalam istilah fiqh Islami sebagai bai’ istijrar. Jual
beli barang tiada yang dibuat oleh ahli adalah dibenarkan kerana ada
deskripsi produk yang spesifik dan penghantaran dapat dibuat.
Hanya jual beli emas, perak dan matawang sahaja yang wajib ada
terlebih dahulu dengan jelas. Jadi, semoga penjelasan di atas dapat
memberikan gambaran buat kita semua mengenai isu ini.
Sila kongsikan artikel ini untuk manafaat semua agar tidak sangsi lagi dengan modus operandi bisnes berasaskan dropship ini.
1 comment:
Terima kasih kongsikan info.. :D
Forex trading boleh berjaya bila ada mentor mudahnya saham boleh bantu.
Post a Comment