Pages

Current time in Kuala Lumpur -
Current song: Loading...
Stream title: Loading...

Tuesday, October 20, 2009

Assalamualaikum

TAHUKAH kamu, di dalam al-Quran terdapat sekltar 146 perkataan salarn , baik dalam bentuk kata kerja mahupun kata benda, antaranya salamun  'alaikum (6:54), fa sallimu (24:61) dan wa as-salamu (20:47).

MENURUT hadis Nabi s.a.w, dari Ibnu Majid, As-salam adalah salah satu nama daripada nama-nama Allah dan diperlntahkan untuk disebarluaskan agar orang yang menerimanya mendapat keselamatan dan kesejahteraan dari Zat aI-Salam (Yang Maha Sejahtera) Itu .

UCAPAN salam ini sebenarnya pertama kali diajarkan oleh Allah kepada Nabi Adam a.s. untuk disampaikan kepada para Malaikat. Salam itu berbunyi assalamualaikum, lalu para Malaikat menjawab; as-salamu 'alaika wa rahmat Allah (semoga Allah memberikan keselamatan, kesejahteraan dan rahmat-Nya kepadamu).

SEBUAH hadls yang di rlwayatkan oleh Abu Dawud dan At-tirmidzi menyebut bunyi salam terbahagi kepada tiga: pendek, sedang dan panjang .

SEBUTAN pendek berbunyi assalamualaikum , sedang assalamu 'alaikum wa rahmat Allah (semoga Allah rnemberlkan keselamatan, kesejahteraan, dan rahmat-Nya kepadamu), dan panjang as-salamu 'alaikum wa rahmat Allah wa barakatuh (semoga Allah memberikan keselarnatan dan melimpahkan rahmat
dan berkat -Nya kepadarnu).

HADIS juga menyebut ; semakln panjang sebutan alama, semakin banyak pula pahala yang akan diperolehi oleh si pengucap.

PARA ulama sependapat bahawa hukurn memberi salam adalah sunat mu 'akkad (sunat yang dituntut). Hal ini didasarkan kepada firman Allah dalam Surah al-An'am ayat 54 :

"Apabila orang·orang yang beriman kepada ayat·ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah salamun 'alaikum (mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu)..."

Meskipun hukum memberi salam itu sunat , tetapi menjawab salam adalah wajib. Firman Allah dalam Surah an-Nissa' ayat 86 bermaksud:

"Apabila kamu dlberl penghormatan dengan sesuatu penghormatan. maka balaslah penghormatan Itu dengan yang leblh balk daripadanya. atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah selalu membuat perhitungan atas tiap-tiap sesuatu."

PENTlNGNYA memberi salam meskipun sunat dapat dilihat daripada satu peristiwa di mana Rasulullah s.a.w,menegur seorang sahabat bernama Kildah bin Hanbali. Kildah telah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w. tanpa mengucapkan salam,lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kembalilah, dan ucapkanlah salam lebih dahulu dan kemudlan tanyakan apa boleh masuk langsung ke dalam
rumah." - Attirmidzi

Adab memberi salam, dldasarkan kepada hadis, di simpulkan sebagai berikut:
i. Hendaklah orang yang lebih kecil (muda) memberi salam kepada orang yang lebih besar (tua).
ii . Orang yang berjalan terhadap orang yang duduk.
iii. Orang yang jumlahnya sedikit kepada orang yang jumlahnya banyak.
iv. Orang yang naik kenderaan kepada orang yang berjalan kaki.
v. Seorang sahaja deripada sekumpulan orang memberi salam kepeda sekelompok orang yang lain dan wa]ar kalau seorang sahaja pun daripada sekelompok orang itu yang menjawab.

OLEH kerana pertama kali salam Itu diajarkan oleh Allah kepada Nabl Adam, serta kemuliaan-kemuliaan lain yang begitu banyak, maka ucapan salam Itu hanya boleh dlucapkan kepada orang Islam. Haram hukumnya diucapkan kepada orang kafir terutama orang Yahudl dan Nasranl.

Sabda Rasulullah s.a.w.: ''janganlah kamu mulai memberi salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani"

INI dapat dl buktikan juga semasa Rasulullah s.a.w. menulis surat kepada raja-raja negara tetangga untuk mengajak mereka menganut Islam.  Dalam pembukaan suratnya, baglnda menggunakan ayat: saiamun 'ala man ittaba'a al-huda (keselamatan semoga dilimpahkan kepada orang yang mengl kut petunjuk).

Bilakah saat yang paling balk memberi salam?

I. Ketika berlaku pertemuan.
II, Ketika memasukl dan menlnggalkan pertemuan.
III. Ketika hendak memasukl rumah.
lv . Ketika menziarahl kubur.
v. Oleh suaml ketlka hendak "mendatangi" isterinya.
vI. Ketika menziarahi rumah orang.

Firman Allah; "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberl salam kepada penghuninya.....
An-Nuur: 27

viI. Ketika menziarahi orang saklt .

No comments: